Pages

Saturday, July 27, 2013

Tempahan Di tutup

Salam Ramadan Semua..

Untuk makluman, semua tempahan bagi Ranmadan & Syawal 1434H / 2013 ini dengan rasminya telah ditutup. Terima kasih Yana ucapkan kepada pembeli-pembeli sekalian, sokongan yang diberikan amat Yana hargai. Maaf juga di pohon, di atas segala kesulitan yang berlaku (sekiranya ada), terutama sekali yang berkaitan dengan urusan penghantaran, kerna bulan Ramadan ini sememangnya begitu banyak bungkusan harus diuruskan oleh Pejabat Pos.

Sampai bertemu lagi.


Wednesday, July 17, 2013

PENGUMUMAN!! 17 JULAI 2013


Salam Ramadan Semua..

Untuk Ramadan 1434Hijrah / 2013  ini…SerundingYana hanya ada baki sebanyak  30kg serunding daging dan juga 6 kg serunding Ikan sahaja. Memandangkan kesibukan untuk menyambut hari Raya, dan penghantaran barangan sama ada domestic mahupun luar Negara, maka,akan  ada dua penghantaran sahaja,  secara pos (pos laju sahaja) yang akan dibuat dari pihak Serundingyana iaitu pada

1.       Isnin 22 Julai 2013

Dan juga

2.       Khamis 25 Julai 2013

Maka, pesanan awal amatlah Yana harapkan, demi untuk  membolehkan serunding sampai ke tangan sahabat2 sekalian sebelum Syawal ini… 

Harga masih lagi sama

Serunding Daging ( Lembu Sahaja)

250 gm - RM 20

500 gm - RM 30 ( Utk harga ini, pembelian minima diperlukan ialah sebanyak 2 pek)

1 KG - RM 50 ( Utk harga ini, pembelian minima diperlukan ialah sebanyak 3 pek)

Serunding Ikan (Packing Untuk Sekilo Sahaja)

1 KG - RM 35

Manakala untuk kos pos laju pula,

Memandangkan setiap serunding yang di bungkus akan ada lebihan berat, maka untuk kadar pos, Yana akan menggunakan anggaran lebih sedikit daripada pesanan yang di buat.

Misalnya, pesanan ialah 1kg, maka, kadar pos Yana akan kenakan sebanyak 1.1 - 1.2 kg.

Sekiranya pelanggan ingin menggunakan pos prepaid, contohnya, 5kg, RM20, maka, serunding yang boleh yana masukkan hanyalah setakat 4.5 kg sahaja. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi Yana di talian 016-986 5646 / 016-986 4646.