Pages

Wednesday, November 26, 2008

KEISTIMEWAAN SERUNDING


1. Serunding merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu yang sering dihidangkan sewaktu perayaan seperti Hari Raya AidilFitri mahupun Hari Raya AidilAdha.

2. Kebiasaannya ia dimakan bersama dengan ketupat mahupun lemang.

3. Tempoh memasaknya yang lama menyebabkan Serunding mampu bertahan lama walaupun tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk.

4. Terdapat pelbagai jenis Serunding yang berada di pasaran sekarang, seperti Serunding Daging(Lembu), Ayam, Udang dan Ikan.

5. Namun begitu, Serunding Daging masih menjadi pilihan no 1 kerana rasanya yang lebih enak berbanding yang lain.

6. Negeri Kelantan menjadi antara negeri yang paling banyak mengeluarkan pengusaha Serunding sama ada secara kecil-kecilan mahupun dari rumah.

7. Bagi mengekalkan rasa asal Serunding, kebanyakan pengusaha di Kelantan masih lagi mengekalkan kaedah memasak dengan menggunakan kayu api. Sebab itulah, Serunding dari negeri ini menjadi pilihan ramai kerana keaslian rasanya.

8. Kini, Serunding bukan sahaja dimakan sewaktu musim perayaan sahaja, malahan ia juga telah dijadikan 'snek' pilihan oleh banyak pihak. Sama ada dimakan begitu sahaja, ada juga yang memakan serunding bersama-sama dengan roti sandwich.

9. Dimasak dengan menggunakan rempah tradisional, tanpa menggunakan pengawet mahupun bahan perasa tiruan
, Serunding sememangnya amatlah selamat untuk diambil oleh kita semua malahan berkhasiat juga..

10. Apa yang penting...Sokonglah Industri Kampung kita...Semoga dengan sokongan anda semua, kita dapat meningkatkan taraf hidup para pekerja kampung ini.